Dunia ini fana, dan kehidupan yang kekal abadi dan selama2nya ialah kehidupan sesudah mati. Akan tetapi amalan dunia adalah penting untuk kehidupan sesudah mati, kerana apakah mungkin seseorang yang ingin balik ke kampung halaman mereka dengan menaiki bas tidak dapat tidak dia hendaklah membeli tiket terlebih dahulu sebelum bertolak ke destinasi yang ditujuinya. Dan begitulah juga untuk mendapat sampai destinasi kita di Hari Akhirat ataupun sesudah mati itu hendaklah dengan tiket, dan tiket itulah yang kita selalu buat iaitu amalan baik dan buruk... Jadi, apakah mungkin yang sebelum ini ada pihak yang cuba menggambarkan amalan seperti tahlil, selawat keatas junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W itu adalah bid'ah.. Hal ini tidak semestinya berlaku keatas kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W yang digelar "Ummatan Wasatan" iaitu umat pertengahan dan contoh kepada umat2 yang sebelum datangnya islam.. Ini semua, menjadikan kita Jumud seakan jumudnya seperti pada zaman kegelapan sbelum berlakunya revolusi perancis yang mana mereka bekerja atau beramal terlalu ta'sub kepada gereja mereka.. menyebabkan mereka berpecah belah yang asalnya ketika itu katholik shj dan membka ruang kpd protestan untuk keluar dari zaman kegelapan mereka..
Jadi, untuk saya sampaikan dibulan yang mulia ini bukannya sejarah itu tadi tetapi peri pentingnya kita lihat sejarah silam, kerana ia mengubah kita mendewasakan usia kita atau titik permulaan untuk lebih memajukan umat bangsa kita lebih2 lagi umat islam di muka bumi ini.. Jadi sama2 kita menggandakan amalan kita di bulan yang mulia ini dan sentiasa mempertingkatkan darjat ilmu, kerana orang yang berilmu akan diangkat oleh Allah s.w.t kepada beberapa darjat dan lebih2 lagi di bulan yang mulia ini,Insya-Allah. Pada hari ini banyak membincangkan perkara2 bid'ah akan tetapi mereka berkemungkinan tidak tahu apa itu bid'ah yang sebenarnya dan mungkin malas mengamalkan sesuatu amalan kepada mereka. Seperti contoh mengangkat tangan ketika berdoa.. apa salahnya jika mengangkat tangan semasa menghadap ilahi tuhan semesta alam.. Adakah ia bid'ah? jikalah ia suatu bid'ah dan diamalkan oleh para sahabat.. sedangkan mereka tergolong daripada hamba2 yang boleh masuk syurga...adakah jatuh hukum sesat.. adakah para2 wali yg berdoa dengan mengangkat tangan dikira sesat.. Jika ini semua sesat siapa lagi yang dikatakan umat yang terpilih oleh Allah s.w.t..
Marilah kita bersama2 menegakkan agama kita dengan bersumberkan Al-Quran dan Hadis dan tidak lupa juga Kias dan Ijmak ulama'.. Wallahu A'lam Bis-sowab.... "Allahumma faqqihna fid diien wa 'allimnat takwiell.."
No comments:
Post a Comment