Sukar untuk menyatakan kekalahan pada pasukan yang kita minati. Itulah lumrah manusia apabila berada dalam keadaan tidak dapat menerima kenyataan yang apabila berhadapan dengan masalah lebih2 lagi kepada golongan muda seperti saya ini yang mungkin terjerumus sedikit kearah itu. Tetapi itu hanyalah sekadar untuk melepaskan batuk ditangga sahaja sebenarnya bukanlah terlalu fanatik seperti seseorang itu yang mungkin sanggup menggadaikan apa sahaja hak milik mereka seperti wang ringgit, makanan, minuman, pakaian dan segalanya. Mereka ini tidak ada perkataan "berkira" dalam bab ini kerana selagi mereka hidup mereka akan teruskan dengan hidup mereka bermati-matian tanpa mengira kalah dan menang dalam pasukan yang mereka minati. Oleh itu, saya ingin berkongsi kenapa saya mulai suka bola sepak.
Bermulanya saya minati arena bola sepak ini semenjak saya kecil lagi. Setelah saya dewasa saya suka tengok bola shj krn sy kurang bermain bola sepak sewaktu belajar di sekolah menengah ugama arab sewaktu ketika dahulu, jadi eloklah sya pendamkan minat saya dengan bermain bola sepak ini dengan hanya tengok pasukan yang saya minati sahaja dalam kaca television. Ini lagi best daripada bermain bola sepanjang hari. Walaupun begitu kadang2 saya ada juga keluar dengan rakan2 sejabat saya untuk besukan seperti exercise badan seperti jogging, berfutsal, bermain badminton dan lain2 lagi. Pasukan yang kita minati pasti menghiburkan hati yang gundah gulana ini tambahan lagi apabila pasukan yang diminati itu mencapai target kemenangan mendapat piala dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya mencapai kekalahan pasti seorang peminat itu akan melihat dari sudut permainan di atas padang samada peminat itu berpuas hati dengan corak strategi pasukan yg mereka minati atau tidak. Dan mungkin ini menjadi punca seseorang peminat itu dgn lebih menonjol untuk menyokong pasukan tersebut dimasa akan datang.
Selain itu, faktor pengadil atau refree juga perlulah berlaku adil, kreatif dan berpengalaman dalam mengadili mana2 pasukan tidak kira mereka suka atau benci mana2 pasukan tersebut seperti pasukan KELANTAN, contoh mengeluarkan kad merah 5 orang dalam satu masa dan 10 kad kuning dan mana mungkin ini dapat menyelesaikan masalah dalam mana2 pasukan tambahan lagi kedua2 pasukan tersebut adalah musuh tradisi sekalipun. Biarlah lojik semata2. Refree FiFa pun tidak pernah mengadili sehinggakan 5 kad merah dalam satu masa inikan pula Malaysia yang tidak BERAPA professional. Mungkin ini dikatakan betul dari sudut perspektif sebagai seorang pengadil tetapi janganlah terlalu emosional dengan pemain. Klau nk jadi refree atau pengadil biarlah profesional bukan nk ikut emosi jek semata2. Kalau xnak bagi orng lain jadi pengadil or refree. Masih ramai lagi orang menganggur, nak cari kerja sebagai refree n pngadil..haha. sebut kata minat ni apakah pasukan yang anda mninati.
Pasukan yang anda minati itu mungkin dapat memberi suntikan semangat dan memberi faedah sedikit sebnyak kpd diri anda. Yelah, kalau xsokong yang mana satu pun mana nak dapat rasa kejayaan atau kemenangan kan. Jadi saya mulai rasa minat dengan pasukan KELANTAN kerana ia merupakan negeri kelahiran saya seperti kata pepatah hujan batu di negeri orang, hujan emas dinegeri sendiri. selain itu, liga EPL juga dapat memberikan saya suntikan semangat baru kpd sy. Memaanglah mereka bukan islam tetapi kita hanya menyokong pasukan bola sahaja dan jangan extreme sngat ia. Saya mula jatuh hati dengan pasukan Manchester City pada akhir tahun 2010. Entah kenapa saya begitu tertarik dgn pasukan tersebut dan bukanlah extreme sangat dengan pasukan bola sepak ini sebab sokong je pun. Selaain itu, saya juga minati pasukan Real Madrid.
No comments:
Post a Comment